Tuesday 29 December 2009

Cerpen : CINTA KEDUA [PART 1]

this is my first try dlm cerpen.sllu nya aku wat novel, sbb aku ske pnjg2.tp aku nk wat simple je nih.hehe. hope u like it.sambungan nya xtau lah sama ada cepat atau lambat.paling lambat pun rsenya time tahun baru cina.sori sbb aku x smbung unknown story, sebab aku perlukan my handwriting kembali.:(
jgn risau ok.insya-ALLAH, kalau korg doakan aku, aku msih kekal dlm dunia penulisan ini.

Perkenalan aku dan Hafis hanya mengambil masa tiga hari sebelum kami mengambil keputusan utk menjadi sepasang kekasih.Aku mengenali dirinya di alam maya, atau lebih tepat di dalam Chatting Room Perak.Sepanjang perkenalan yang singkat ini, aku selesa dan terpikat dengan dirinya yang pandai mengambil hati dan melayanku.
Namun begitu aku dengan Hafis tidaklah berhubung selalu.Sekadar menghantar berita dan melepas rindu sahaja ekoran telefon bimbitku sendiri masih di Kedai Abang Ayie, kawan kakakku yang mahir dalam membaiki telefon dan mempunyai kedai sendiri di sekitar Manjoi.Jarang berhubung tidak bermakna hubungan kami terputus juga, namun kami mengambil langkah bijak dengan bergilir-gilir utk menelefon.Kadang-kadang kami juga sering berchatting di yahoo messenger, tetapi sejak kebelakangan ini Hafis sibuk dengan praktikalnya di bawah Tenaga Nasional Berhad(TNB).Dia duduk di Tapah, namun tempat praktikalnya di Kampar membuatkan dia terpaksa pergi ke kerja awal dan pulang lewat.Mujurlah Hafis mempunyai lesen motor dan sering menggunakannya untuk kemudahan dirinya sendiri.
“Iza, bila kita nak jumpa?”Soal Hafis ketika aku menelefonnya pada waktu malam.Aku menggunakan telefon ayahku.Sememangnya ayahku tidak begitu cerewet jikalau anak-anaknya menggunakan telefon bimbitnya.
“Awak nak jumpa saya ke?”Dugaku.Terdengar Hafis mengeluh kasar.
“Mestilah saya nak jumpa awak.Awak kan girlfriend saya,”balas Hafis, cuba berlembut.Aku terdiam. Sejak dua bulan kami bersama, sejak tiga minggu yang lepas, soalan inilah yang selalu keluar dari mulutnya.Aku sendiri masih belum ada jawapan.
“Jumpa next week, okey tak?Hari Sabtu.”Tiba-tiba tercetus idea dariku.
“Dekat mana?”Soal Hafis teruja.
“Dekat Jaya Jusco, Ipoh.Saya tunggu awak dekat depan pintu utama pukul 11.30 pagi.”Jawabku lambat-lambat.Menjadi ragu-ragu dengan keputusan yang aku buat sendiri.Apakah benar?Aku takut jika nanti akan berlaku sesuatu yang tidak diingini.Bukannya aku meragui dirinya, tetapi…entahlah. Aku sendiri pun tidak mengerti perasaanku ini.
“Okey, saya tunggu awak dekat situ.”Balas Hafis.Kami berbual seketika sebelum aku perasan bahawa jam sudah hamper pukul 11.30 malam.Pantas aku menamatkan panggilan.Takut pula abah mencari handphonenya malam-malam begini.
Selepas meletakkan handphone di atas meja kopi di ruang tamu, aku kembali ke bilik, mencapai tuala dan masuk ke bilik air untuk membersihkan diri setelah seharian aku ke sana ke mari.Dari Politeknik Ungku Omar(PUO), aku ke pejabat pos dan bank untuk menguruskan sesuatu.Kemudian ke butik emakku yang berada di belakang UO Superstore, menghantar barang yang teringgal.Tanpa makan tengah hari, aku kembali ke PUO kerana mempunyai kelas petang.Lewat petang itu, aku menemani Syakirah pula ke Ipoh Parade utk berjumpa teman lamanya.Pukul 9 malam tadi, barulah aku sampai di rumah.
Dengan pancuran air suam yang amat menyelesakan, aku membelai tubuhku dengan scrub badan dan cecair mandian berbau rose.Selepas menyarungkan pijama tidur , aku menyapukan lotion di kaki dan kedua tangan.Emakku seorang wanita bekerjaya yang mempunyai spa dan butik memang mengajar anaknya dari kecil untuk menitik beratkan penjagaan diri.Dalam 5 orang beradik, aku seorang sahaja yang agak tidak cantik berbanding kakak-kakakku dan adikku.Mereka mewarisi kulit emak yang putih dan gebu.Aku pula berkulit agak gelap, lebih mengikuti abah.Mukaku juga tidaklah secantik adik beradikku yang lain kerana sewaktu kecil masalah jerawatku agak teruk.Cuma sekarang apabila sudah berusia 18 tahun, sekadar tinggal parut yang sedikit-sebanyak mencacatkan muka.Tetapi aku tidak kisah, kerana kecantikan bukanlah segala-galanya.Namun kelebihan yang aku ada ialah aku paling tinggi di kalangan adik beradikku.Mereka semua kecil molek, aku sahaja yang tinggi lampai.Mengikut abah juga.Itulah sebabnya aku lebih rapat dengan abah daripada yang lain. Sebenarnya tidak ubah juga seperti cerita itik hodoh, Cuma tidaklah sekejam itu.
Aku menghidupkan laptop.Membuka myspace Hafis yang mempunyai gambar-gambarnya yang terbaru.Hafis bukanlah sekacak mana, tetapi entah mengapa aku seakan-akan terpesona melihat dirinya, terutama apabila dia memakai baju melayu putih-yang menjadi favouriteku dari dulu. Aku sebenarnya tidak memandang paras rupa, cukup sekadar dia boleh menyayagi dan menerimaku seadanya.Itu sudah memadai.
Telefon rumah berbunyi.Aku jadi pelik.Siapa pula yang menelefon pada jam 12 tengah malam begini? Segera aku menuruni tangga, ke ruang tamu.
“Hello,assalamualaikum.”Terdengar suara lelaki menjawab salam.
“Awak tak tidur lagi Iza?”Suara Hafis seolah-olah terkejut.Aku ketawa kecil.
“Awak ke, ingat sapa tadi.Belum, saya baru lepas mandi ni.Tu yang segar lagi ni.” Ujarki tanpa berselindung.
“Hamizah, how many times I must told you, jangan mandi malam-malam.Tak elok untuk kesihatan awak.Awak tak sayang diri awak ke, sayang?”Ujarnya lembut tapi tegas.Itulah Hafis, selalu menegurku jika aku salah namun dengan cara yang penuh berhemah.
“I know.Tapi saya rimaslah tak mandi.tadi pun balik pukul 9 malam.Banyak hal kena settle,”aku membela diri.
“Hurm, banyal hal pun, banyak kerja ke, awak kena jaga kesihatan jugak tau sayang,”ujar Hafis lagi.Banyak menuturkan perkataan sayang dari tadi.Aku terbuai-buai sebentar.
“Awak tak penat ke?Esok kerjakan,”aku mengubah topic.
“Memang kerja.Mestilah penat, tapi bila dengar suara awak terus hilang penat,”usiknya.Aku tergelak.
“Ouh, bodek ya !”
“Tak sabar tunggu kita kahwin.Time saya balik kerja, awak ada.Bancuh air untuk saya, urut-urut saya.Bestnya!”Ujar Hafis, nakal.
“Awak tak payah nak menggatal okey.Lambat lagilah.Kan saya kata nak kahwin time umur 24 tahun. Awak 26 time tuh.Sekarang saya baru je 18 tahun, nak masuk 19 dah.”Balasku.Giliran Hafis pula ketawa.
“Sekali sekala.Apa salahnya.”
“Hurm, lepas ni saya ingat nak cari kerja tetap.Lepas tu saya nak kumpul duit, beli kereta.Nak beli rumah, lepas tu nak simpan duit untuk belanja kahwin.Okey tak plan saya ni?”Hafis bersuara serius.
“Okey je.Cuma saya rasa, baik awak simpan duit untuk belanja kahwin dulu.Rumah tu tak payah lah lagi.Kalau tak pun, kita menyewa dulu dekat flat mana-mana, before rumah tetap.”Ujarku.
Hafis terdiam.
“Nantilah saya fikir.”Balasnya.
“Iza..”
“Yup.”
“Boleh tak kalau Iza panggil Hafis, abang?”Permintaan Hafis membuatkan aku terkedu sebentar.
“Kenapa?”
“Tak boleh ke?Tak boleh tak apalah,”sayu suaranya.Aku jadi bersalah pula.Bukan apa, sebenarnya aku memang tak biasa memanggil orang abang.Adik beradikku sendiri semua perempuan.Sepupu ku pula, tak kisah tua atau muda, sekadar aku panggil nama sahaja.
“Bukan tak boleh, pelik je tiba-tiba awak mintak macam tu.”Ujarku separuh jujur.
“Saja nak biasakan diri awak.Nanti nak kahwin nanti, taklah janggal sangat.”Ujarnya dalam nada mengusik, tetapi aku tetap merasa keseriusannya.
“Abang…”sepatah perkataan itu keluar dari bibirku.
“Ya sayang?”
“Iza sayang abang.”Lajuku tuturkan ayat itu.Agak gementar, kerana selama 2 bulan ini aku tidak pernah meluahkan perasaanku secara terang-terangan kepadanya.
“Apa dia?”Hafis seakan terkejut.
“Tak ada apalah.”Aku cuba mengelak dari mengulanginya.
“Ulang balik, abang nak dengar.”Pujuknya.
“Abang dah dengarkan sebenarnya?Apa iza cakap tadi?”Soalku berani.Mula selesa terhadap panggilan abang kepadanya.
“Er..ada huruf L,O,V dan E..”Ujarnya malu-malu.
Suasana hening sebentar.
“I love you so much, sayang..”Ucapnya romantis.Aku terbuai dengan perasaan itu sebelum talian terputus secara tiba-tiba.
Tapi aku lega dan puas.
Lega kerana sudah menyatakan perasaanku pada dia.
Puas kerana tahu aku tidak bertepuk sebelah tangan.
Aku sengaja tidak meletakkan telefon dengan betul,enggan mendengar suara Hafis.Bukan tidak suka, tetapi sengaja membuat dia tertanya-tanya.Biarlah aku mendengar suaranya lagi minggu depan.Rasanya selama seminggu sahaja, tidak lah begitu kejam.Betul tak?


OLEH sebab exam semakin menghampiri, semakin cepat masaku dihabiskan dengan study dan discussion bersama teman sekuliah.Namun, janji temuku dengan Hafis tidak pernah dilupai walaupun sedetik.Aku sudah menyiapkan segala kelengkapan utk ku pakai nanti.Dress latar putih berbunga ungu dan biru mengikut shape badan, jeans biru dan selendang ungu sudahku siapkan. Malah, aku turut membeli sepasang kasut bertutup warna krim untuk dipakai nanti.
“Hamizah, kau nak balik dah ke?”Soal Syamil apabila melihat aku mengemaskan bukuku.Aku sekadar mengangguk dan sudah bersiap sedia meninggalkan library.
“Aku ada date pukul 11.30 nanti.”Balasku pendek.
“Yeke.Baru ingat nak belanja kau makan Kenny Rogers,”balas Syamil.Aku tersenyum.
“Kau kacau line jelah, Syam.Biarlah Iza pergi first date dia,”sampuk Syakirah pula.Dia ketawa perlahan.Mana boleh gelak kuat-kuat, dekat library ni weh ! hehe.
“Next time jelah, Syam.Aku pergi dulu.Study elok-elok okey,”pesanku sebelum meninggalkan mereka berdua.
“Okey.Good luck Iza, jangan nakal-nakal,”ujar Syakirah nakal.Syamil mengenyitkan matanya padaku, membuat thumbs up.Usikan mereka disambut dengan pukulan di bahu masing-masing.Kami ketawa bersama-sama.
Tepat pukul 11.45 pagi, aku memarkingkan kereta Alza di tempat parking.Memandangkan sekarang ialah cuti sekolah merangkap hujung minggu, sesaknya menjadi-jadi.Itulah sebabnya aku terlambat 15 minit dari masa sebenar.
“Oh my god, dah lambat!”Aku seperti tersedar dari mimpi.Pantas aku mencapai handbag kesayanganku dan mengunci kereta, lalu melangkah ke pintu utama Jaya Jusco.Mataku meliar mencari kelibat Hafis.Dalam masa yang sama dadaku dipalu debaran hebat.Aku ingat lagi rupa Hafis walaupun tidak pernah berjumpa dengannya.Hafis seorang lelaki berkulit hitam manis, berketinggian hampir 5 kaki 8 inchi.Paling menarik ialah barisan giginya yang terletak cantik apabila dia tersenyum.
“Hamizah?”Terdengar suara lelaki yang menegurku dari belakang.Aku menelan liur, berpusing perlahan-lahan.Aku memandang lelaki itu dari hujung rambut hingga hujung kaki.Benarkah yang berdiri di hadapanku ini Khairul Hafis bin Mazali?Lelaki di hadapanku ini segak dengan jeans hitam, t-shirt bewarna biru firus dan jaket hitam.Dia tersenyum kepadaku.
“Ini Hafis.Awak tak percaya ke?”Soalnya, seakan mengerti apa yang bermain di dalam hatiku.
“Percaya.”
“Abang tak sangka bakal isteri abang secantik ni,”usikan Hafis membuatkan mukaku merona merah. Aku menunduk, menjadi malu pula dengan dirinya.
Dia menyentuh daguku, mengarahkan mataku untuk memandang wajahnya.Senyuman manis Hafis penuh erti.
“Thanks sebab sudi terima abang dalam hidup Iza,”ujarnya penuh ikhlas.Dia menghulurkan tangannya.Aku sekadar memandang, teragak-agak untuk menyambutnya atau tidak.Namun, tidak sampai 20 saat, tanganku sudah berada di dalam tangannya.
Hari itu amat bermakna buat kami, sebagai pasangan kekasih yang sedang dilamun cinta.


SIAPA sangka, pagi yang indah dengan matahari yang cantik memancar, pasangan burung yang bernyanyi riang di sarangnya.Tiba-tiba ribut melanda di tengah harinya.
Air mataku menitis laju.Kesal dengan apa yang berlaku.Sungguh!Jika aku tahu inilah pengakhiran hubunganku dengan Hafis, aku tidak pernah sekalipun akan membiarkan diriku ditipu hidup-hidup.
“Sabarlah Iza.Aku tahu, kau kuat.Kau takkan lemah kalau setakat putus cinta.Tak guna kau menangis air mata darah sekalipun, sebab masa tak akan berputar kembali.Benda dah jadi, terimalah dengan seadanya,”pujukan Nurul, jiranku hanya membuatkan aku teringatkan apa yang berlaku.Air mata di pipiku semakin lebat bergenang.
Sewaktu akhir pertemuan aku dan Hafis hari itu, dia memberikan handphonenya kepadaku.Pada awalnya aku menolak, tetapi apabila dia memaksa, dengan alas an mudah untuk dia menghubungiku, aku tidak boleh menolak.Semalam, aku mendapat mesej dari nombor yang tidak dikenali, bertanyakan aku apa hubungan aku dan Hafis.Apabila aku enggan menjawab, dia menelefonku.Aku masih ingat butir bicaranya denganku.

“Awak Hamizah,kan?”Soal perempuan itu tanpa memberi salam.
“Ya, saya.”
“Awak ni awek Hafis ke?”Soal dia lagi.Aku mendiamkan diri, enggan mengulaskan apa-apa.
“Hamizah, saya Najwa, girlfriend Hafis dah dua tahun yang lalu.Tahun depan kami nak bertunang dah.Saya mintak sangat, tolonglah Hamizah..awak jangan ganggu Hafis lagi.Dia milik saya.”Rayuan Najwa membuatkan aku terkejut.
“Awak jangan main-main dengan saya..”Suaraku bergetar.
“Saya tak tipu awak.Kalau awak tak percaya, Tanya abang sendiri.”Ujar Najwa penuh yakin.Aku terus memutuskan talian, tanganku laju menekan nombor Hafis.
“Hafis, siapa Najwa?”Soalku terus setelah dia mengangkat telefon.Hafis terdiam.
“She’s my love.”Ujarnya tenang.Aku menjadi sebak.Memikirkan ayat yang harus aku tuturkan tatkala itu.
“Kenapa awak tak cakap awal-awal yang awak dah berpunya?Dah nak bertunang pun kan.Kenapa tak bagitahu saya?Takpelah Hafis, saya doakan kebahagiaan awak dengan dia.Jaga dia elok-elok.Saya tak ganggu awak dah lepas ni.Thanks for everything.”Tuturku lalu cepat-cepat mematikan talian tanpa sempat Hafis bersuara.Bukan setakat mematikan talian, aku turut mematikan handphone sekali.Aku terduduk.Segalanya berlalu dengan pantas.Air mata mengalir perlahan, tanpa dipinta.

“Aku ni memang tak layak dicintai kot.”Ujarku perlahan.Nurul membulatkan matanya.
“Siapa kata kau tak layak untuk dicintai?Mungkin masih awal lagi.Sabarlah, kau baru masuk 19 tahun.Banyak lagi masa, banyak lagi lelaki yang lebih baik dari Hafis tu.Percaya cakap aku.”Nurul cuba meyakinkan diriku.
“Dahl ah tu Iza, kau mulakan hidup baru.Tak lama lagi nak happy new year dah.Ambil lah benda ni sebagai pengalaman hidup yang mematangkan diri kau lagi.Buat apa ingat pada orang yang tak ingatkan kita?Buat susah je Iza.Buang masa kau.Kau yang rugi, tapi dia tak rugi apa-apa pun. Jangan seksa diri kau macam ni.”Kata Nurul apabila aku mendiamkan diri.
“Aku bukannya seksa diri aku.Kau salah kalau kau ingat aku akan menangis macam orang gila.Aku Cuma menyesal, menyesal sebab aku pendek akal sangat, terima budak tuh as boyfriend aku dulu. Menyesal sebab dia tipu aku.Itu je.”Balasku akhirnya.Nurul merenung wajahku, meminta kepastian.
“Nurul, siapa yang tak kecewa kalau putus?Aku sayang kat Hafis, tapi bila dia buat macam ni, automatic sayang aku tu dah terkubur.Aku terima segalanya.Cuma aku perlukan masa.Itu je.Thanks sebab teman aku.”Nurul mengangguk.
“Aku balik dulu.Dah malam ni.Bising pulak ayah aku nanti.”Nurul meminta diri.Aku Cuma mengangguk tanpa berkata apa-apa.
Bina hidup baru, itulah azam tahun baruku.


MELUPAKAN seseorang yang pernah dicintai bukan senang.Oleh itu aku menyibukkan diriku dengan kuliah di samping membantu emak di butiknya.Tidak rugi pun jika aku membantu ibuku.Kak Long sudah selesa dengan kerjayanya sebagai seorang peguam di Mahkamah Syariah. Kak Ngah pula lebih selesa menjadi suri rumah tangga sepenuh masa, menjaga anak-anaknya yang sudah berusia 4 tahun dan 2 tahun.Kedua adikku pula masih belajar.Bawahku, Anis yang muda 2 tahun dariku awal-awal lagi berkata yang dia tidak minat di dalam business, namun lebih cenderung terhadap bidang kedoktoran.Cuma Suraya sahaja yang aku masih tidak tahu sama ada dia berminat atau tidak.Suraya baru sahaja menginjak 14 tahun, lebih banyak leka dan bermain.Dia tidak terlalu fokus di dalam pelajarannya dan juga matlamat hidupnya.Namun aku mengerti, lambat laun pasti dia sedar yang dia tidak boleh begitu selamanya.
Yang aku pasti, sesibuk mana pun aku, sesekali aku akan teringat juga kepada Hafis.Dia cinta pertamaku, walaupun hanya tiga bulan sahaja hubungan kami dapat bertahan, dia tetap bekas kekasihku, orang pertama yang kucintai.


MALAM kian larut.Tetapi mataku masih segar.Entah mengapa sukar untukku melelapkan mata walaupun ketika ini sudah hampir pukul 3 pagi.Aku keluar dari bilik secara senyap, agar tidak mengganggu tidur kedua ibu bapaku.Setelah menghabiskan segelas air suam, aku kembali ke bilik. Mengambil sweater lalu menyarungkannya di tubuhku.Terasa sejuk walaupun aku sudah memperlahankan kelajuan kipas angin.
Selepas itu aku memasang laptop Dell hijauku, pemberian abah sewaktu aku mendapat 12A di dalam Sijil Peperiksaan Malaysia(SPM).Aku memasuki akaun yahoo messenger.Hanya beberapa orang sahaja yang online.Itu pun setakat I’m Mobile.Dek kerana kebosananku di tahap melampau, aku memasuki Chat Room Perak.Hurm, tempat pertemuan aku dan Hafis.Aku mengeluh.Cuba menangkis memori aku dan Hafis jauh-jauh.

Artmen : BUZZ!

Aku terkejut seketika.Bunyi ‘loceng’ terdengar begitu kuat kerana volume laptop mencapai tahap maksima.Selepas memperlahankan volume, aku terus membalas.

Artzmen: Assalamualaikum.Hye.
Nurmiza_12: Wa’alaikum mussalam.Hye.A/S/L?
Artzmen: 22 / m / manjung . Awak?
Nurmiza_12: 19 / f / ipoh .
Artzmen: kerja atau study lagi?
Nurmiza_12: study lagi. Dekat Poli Ungku Omar. Saya ambik komputer. Awak?
Artzmen : Study jugak . Kat UiTM Seri Iskandar. Saya ambik architecture.
Nurmiza_12: Ouh, bakal arkitek lah ni.Hehe.
Arztmen: Insya-Allah.  Awak ni mesti lawa kan orangnya.Hehe.Mesti banyak peminat ni.
Nurmiza_12: Haha, tak adalah.Biasa je. Mana ada peminat..siapalah yang nak kat saya ni. 
Artzmen : Saya sebenarnya tengah kecewa ni .
Nurmiza_12: Kenapa?Kalau tak keberatan ceritalah dekat saya.Mana tahu saya boleh tolong.
Artzmen: Saya ada suka dekat sorang girl ni.Dia ni cantik, baik pulak tuh.Saya minat dekat dia, tapi banyak lagi yang minat dekat dia.Dulu kita orang rapat.Selalu mesej dengan dia.Tapi sekarang ni dia dah tak mesej saya dah.Saya sedih sangat, sebab saya sayang sangat dekat dia.
Nurmiza_12: Hurm, tu yang susah tu suka dekat orang yang banyak peminat ni..huhu.Erm, mungkin dia sibuk kut..
Artzmen: Dulu pun dia sibuk jugak.Mesej je ngan saya.tapi sekarang dia dah berubah.Saya bertepuk sebelah tangan je sekarang ni.Bila fikir-fikir balik..buat susah je perngorbanan yang saya buat untuk dia.
Nurmiza_12: Awak sabarlah.Mintak dia berterus-terang.Insya-Allah kalau ada jodoh tak ke mana pun.

Tiba-tiba aku teringatkan Hafis.Nasibku sama juga dengan lelaki ini.Dikecewakan.Selepas malam itu aku terus tidak menghubunginya lagi, tanpa berkata aku ingin memutuskan hubungan dengannya.
Tapi, bukankah secara logic hubungan aku dan dia sudah terputus?Aku berharap begitu.
Aku menyepit rambutku yang paras bahu dengan kemas.Aku rimas sebenarnya dengan rambut panjang begini.Aku lebih suka berambut pendek kerana tidak perlu dititik beratkan sangat penjagaannya.Sekadar syampoo dan perapi,itu sudah memadai.Tapi atas desakan emak, aku terpaksa menyimpan rambut hingga panjang.Mujurlah aku bertudung, jadi tidak lah aku penat memikirkan apa yang perlu digayakan dengan rambutku ini.

Artzmen : Hurm, apa yang patut saya buat?Apa pendapat awak?
Nurmiza_12: Hurm.Macam nilah,apa kata awak jumpa dia, bincang dengan dia elok-elok tentang perkara ni dengan dia.Kalau memang betul dia tak suka dah dekat awak, then awak kena lah lepaskan dia.Bunga bukan seekor awak, kalau dia mmg bukan jodoh awak, takkan awak nk tolak takdir Tuhan.Awak kena redha, mulakan hidup baru.
Artzmen: Tapi saya sayang kan dia..
Nurmiza_12: Siapa yang tak sayang awek dia..Saya pun baru lepas clash.Ex bf saya dulu curang dengan saya, dia tipu saya.Saya sayang sangat dekat dia.Tapi kawan saya pesan dekat saya, buat apa kita nak kenang dekat orang yang tak pernah mengenang kita?Buang masa je.Jadi, saya ambik masa untuk fikir balik.Tak lama lepas tu, Alhamdulillah saya boleh lupakan dia sikit demi sikit.Walaupun hati ni sakit sangat, tapi saya terima.Ambik benda ni sebagai asam garam kehidupan.Bukan semua cinta berakhir dengan gembira.

Panjang aku berkata-kata.Meluahkan apa yang aku rasa selama ini.Ya, inilah perasaan sebenarku.
Artzmen: Urm, saya akan cuba.Thanks ye awak sebab sudi dengar masalah saya ni.Menyusahkan awak je..
Nurmiza_12: Welcome, tak menyusahkan pun.Saya memang suka bg motivasi kat orang.Hehe.
Artzmen: Ouh, yeke.Hehe.Erm, apa nama awak?
Nurmiza_12: Nur Hamizah. Panggil Iza je.Awak?
Artzmen: Azhar.Eh, awak..nak number phone boleh?

Tanganku kaku di atas keyboard.Teringat handphone yang Hafis berikan kepadaku.Aku tidak pernah menggunakannya hatta menyentuhnya sekalipun selepas aku dikecewakan.Aku sekadar menyimpannya di dalam laci.Aku Cuma menggunakan handphone abah dan telefon rumah sebagai penghubung aku dan kawan-kawan.Handphone ku yang lama sudah tidak boleh dipakai lagi.
Ya, mungkin inilah saatnya aku perlukan handphone yang baru untuk diriku.Takkan asyik nak bergantung pada telefon abah sahaja.Lagi pula, simpanan ku sendiri sudah terlebih banyak sekadar untuk membeli sebuah handphone baru.

Nurmiza_12: Erm, azhar.Why not you leave your number phone so that I can contact you as soon as possible?Saya nak beli number baru.
Artzmen : Ouh, okey.

Azhar meninggalkan number handphonenya dan tidak lama selepas itu dia meminta diri.Aku menyalin number Azhar di dalam diary.Mataku pun sudah mengantuk kerana jam sudah hamper pukul 5 pagi.Selepas menutup laptop, aku berbaring di atas katil dan melelapkan mata.

Tuesday 1 December 2009

unknown story 4 (a)

“Along, Leeya pergi dulu tau.”Tegur Aleeya kepada Syakir yang sedang menghadap laptop di meja makan.Syakir memandang wajah adiknya, berselang dengan perempuan di belakang adiknya itu.
“Pergi mana?”Soal Syakir, agak serius.Fatin mulai seram.Bukan tidak biasa dengan abang-abang ALeeya, tetapi kejadian tadi agak ‘membimbangkan’ hatinya sedikit sebanyak.
“Pergi kenduri kahwin.Hehe.Abang Wan mana?”Soal Aleeya sambil matanya melilau mencari abangnya yang seorang itu.
“Dia tidur rumah Nazir.Ada projek katanya.Hem, jaga diri okey.Fatin, kalau adik abang ni nakal, belasah saja.”Balas Syakir.Ada tawa di hujung katanya.Aleeya terdiam.Terbayang wajah Nazir, kawan baik abangnya yang juga popular di sekolah.Wajahnya tampan dan sentiasa tenang.Tergugat juga keimanan Aleeya apabila memandang mata Nazir yang banyak kali berkunjung ke rumahnya itu.Hehe.
“Don’t worry.I will,”Balas Fatin, sekadar tersenyum, mula memberanikan diri.
.ALeeya ketawa kecil.
“Owh, komplot ye!Report kat Kak Tirah,”nakal Aleeya menjawab.Pecah ketawa mereka.
“Okeylah abang, pergi dulu.Kirimkan salam Leeya kat umi ngan ayah.”DIa mengenyit mata.Syakir tersengih.Mengangguk penuh erti.
Dua perempuan itu melangkah keluar.Mereka memakai kasut.Sudah selesai, Aleeya melangkah kea rah abangnya.Fatin menelan liur.
’Alamak, mamat ni ada dekat sini la pulak,’desis hati kecil Fatin. Kelihatan Syaiful yang sedang berdiri menghadap kolam ikan buatan manusia di halaman rumahnya.
“Abang, Leeya keluar ya.”Ujar Aleeya.Syaiful segera berkalih.Fatin tergamam seketika.Dia kelihatan sangat segak dengan jeans dan t-shirt hitam yang tertulis ‘I LOVE LONDON.’
“Pergi mana?”Soal Syaiful, tidak tahu.Dia mengerling Fatin yang berada di belakang Aleeya.Terpesona dengan kecantikan Fatin.Selama ini dia tahu adiknya mempunyai kawan baik bernama Fatin.Namun mereka tidak pernah bersua muka.Apatah lagi dia memang tidak berminat dengan budak sekolah seperti adiknya.Tetapi apabila terpandang muka Fatin, hatinya terasa lain.Fatin seperti mempunyai sesuatu yang membuatkan dirinya tertarik.Erk, melampau sangatkah ayat aku ni?
Syaiful tersenyum sendiri.
“Nak pergi majlis perkahwinan.Ni, Fatin nak nikah.Miang sangat,”selamba Aleeya menjawab.Fatin ternganga, tidak percaya dengan kata-kata Aleeya yang melampaui batas itu.Pantas dicubit lengan Aleeya.Entah berapa kali dah kena cubit.Fatin buat bodoh.Biarlah, siapa suruh mulut laser sangat!
“Kau gila?Nak suruh aku kahwin ngan sape?Hantu?”Balasnya pantas.Aleeya ketawa besar.Langsung tidak terasa sakit dengan cubitan sahabatnya itu.
“Sapa suruh kau kahwin ngan hantu?Abang aku ni kan ada?Buat susah-susah je,”galak Aleeya membalas. Muka Fatin yang sudah sedia merah, bertambah merah.Mengalahkan merah saga!Haha.. Fatin amat malu dengan apa yang dikatakan Aleeya.Kalau cakap belakang-belakang takpe jugak.Ini depan Syaiful!Tak ke malu + segan..apatah lagi dengan mata Syaiful yang asyik memerhatikan dia dari tadi.’Ya Allah, tahu la aku cantik pun.Tak payah la tengok sampai macam tu sekali,’ gumam hati kecil Fatin, sempat lagi membangga diri.
Syaiful yang sekadar memerhati sudah tersenyum lebar.Suka dia melihat wajah malu + segan Fatin itu. Nampak sangat ayu.
“Dah lah tu Aleeya.Cukuplah tu usik Fatin tu.Kesian kat dia, muka merah sangat tu.”Celah Syaiful.Pandangan Fatin tertancap pada lelaki itu seketika, namun dia segera menunduk.
“Tau pun kesian,”ujar Fatin perlahan, namun tetap jelas di pendengaran Syaiful.Syaiful Cuma tersenyum di dalam hati.
“Siapa tak kesian tengok muka awak macam tu?Saya pun tak larat nak tengok muka awak macam tu.Anyway, merah-merah pun, sweet gak.”Sakat Syaiful.Fatin terdiam.Ait, dia dengar ke?Kali ini dia tidak membalas.Sekadar mendiamkan diri.Kalau dia bersuara, takut lain pula jadinya.Ya Allah, bantuilah hambaMu yang lemah ini..
“Dah lah tu.Leeya pun kesian gak tengok muka Fatin.Chow dulu, abang!”Aleeya melangkah ke gate disusuli Fatin.
“Jaga diri,jaga Fatin.Take care Fatin,jangan nakal-nakal!”usik Syaiful.Aleeya ketawa berpanjangan.Fatin masih menunduk, lidahnya sudah kelu walaupun untuk menuturkan satu perkataan.Syaiful benar-benar mengusik hati remajanya..

FATIN membuang pandangan ke luar kereta.Perbualan ibu bapanya sikit pun tidak mencuri perhatiannya.Dia lebih selesa memerhati alam sekitar yang masih indah walaupun bangunan-bangunan pesat dibangunkan.Sedikit sebanyak dia tercuit dengan apa yang Syaiful cakapkan tadi.

“Jaga diri,jaga Fatin.Take care Fatin,jangan nakal-nakal!”

‘Argh!!Gila apa aku ni.Syaiful tu dah 20 tahun.Aku masih budak sekolah menengah yang berusia 16 tahun.Jauh beza tu.Aku memang tak kisah, tapi dia mungkin kisah.Jangan berangan Fatin,jangan mengharap sesuatu yang tak pasti.Kalau kau tak dapat, just menaruh harapan, kau juga yang frust menonggeng.Siapa yang susah, kau jugak…’Fatin cuba memujuk hatinya yang kian gelisah.Dia mengerling Aleeya di sebelah.Dia tahu, Aleeya pasti sedang melayan lagu-lagu dari MP3 yang dibawanya. Memang itulah Aleeya, dari dulu memang pencinta lagu.Teringat sewaktu perkhemahan dulu, semua terkejut melihat Aleeya tidur dengan radio yang terpasang di telinganya.
‘Minah ni pun satu.Usik-usik aku dengan abang dia.Memang nak kena belasah,’gerutu hati kecil Fatin lagi.Geram dia dibuatnya.Fatin pantas menyiku lengan Aleeya.Aleeya sekadar memandang Fatin. Pelik disiku begitu.DI telinganya masih berkumandang lagu Perfect nyanyian Simple Plan.
“Kau tak baik buat aku macam tu,”ujar Fatin, slow.Tidak mahu didengari oleh kedua orang tuanya. Fatin menanggalkan earphone di sebalik selendang.
“Apa dia?”Soalnya, sengaja berpura-pura tidak tahu.Sebenarnya dia dengar, Cuma sengaja dia suruh Fatin mengulang kembali.Sedikit sebanyak, dia boleh mengetahui isi hati sahabatnya yang agak susah untuk mengaku bahawa dia menyukai seseorang.Hehe.
“Kau tak patut usik aku ngan abang kau tu.Nanti abang kau cakap aku menggatal pulak.”Ujar Fatin sedikit keras.Aleeya Cuma mampu tersenyum di dalam hati.Dapat mengesan sesuatu.
“Yang kau ambil hati sangat ni kenapa?My brother didn’t say anything.Dia pun suka kan kena usik ngan kau?Siap cakap ‘take care Fatin, jangan nakal-nakal’ lagi.Relax lah.Kau bukannya suka kat abang aku kan?”Balas Aleeya.Fatin terdiam, namun cepat-cepat membalas kata-kata sahabatnya.
“Dia lelaki, takpelah.Aku ni perempuan.Lelaki ni tak terasa sangat.Aku yang malu.Ish, macam mana nak explain kat kau nirh?”
Aleeya tersenyum.Mula menangkap sesuatu di sebalik kata-kata Fatin yang sudah dikenali sekian lama.Dia memegang bahu sahabatnya.
“Look Fatin.Kalau kau memang terpikat dengan abang aku tadi, just tell the truth.Aku tak marah.Suka lagi adalah.Kau tahu kan, aku pernah cakap dekat kau yang abang aku yang sorang tu jenis yang tak pandang perempuan.Bukan maksud aku dia tu gay, tapi dia tu memang payah nak jatuh cinta and payah puji perempuan.Aku pun, kadang-kadang je dia puji, tapi bukannya ikhlas pun.tapi tadi aku dapat rasa keikhlasan abang aku puji kau and aku dapat rasa ‘something’ dengan cara dia pandang kau,” terang Aleeya panjang lebar.Fatin terkesima, menundukkan wajahnya.
“Kau jangan fikir bukan-bukan, Aleeya.Abang kau takkan suka kat aku.Kau gila ke?Aku baru 16 tahun.DIa 20 tahun kan?4 tahun beza.”Balas Fatin pula.Cuba mencari alasan.Aleeya tersenyum sinis.
“APa kisah pasal umur?Beza 4 tahun je pun.Bukannya beza 10 tahun.Hei makcik, sekarang ni mana ada orang kisah pasal beza umur?Nabi Muhammad pun kahwin dengan Saidatina Khadijah time umur dia 25 tahun, isteri dia umur 45 tahun.Takde maknanya!Soal umur konon..tolonglah Fatin, alasan kau tu, tak boleh diterima langsung!”Perli Aleeya.
“Fatin, listen okey.AKu bukan nak marah kalau kau memang suka dekat abang aku.Malah aku turut berbesar hati kalau memang betul.Aku mintak satu jer, kalau memang betul abang aku suka kat kau, please, jangan hampakan dia.I know him well.Abang Syaiful susah untuk fall in love, tapi bila sekali dia jatuh cinta, dan dia dikecewakan kembali, hati dia akan tertutup dan payah untuk terima cinta kembali dalam hidup dia.Kau percaya cakap aku.Tolong aku,” ujar Aleeya sayu tapi penuh mengharap.Fatin memandang tepat anak mata Aleeya.Mencari kebenaran dalam kata-kata sahabatnya.
“Kau mengarut Leeya, kau mengarut! Benda ni takkan berlakU!”Nafi Fatin keras.
“Janji pada aku!AKu Cuma nak kau janji.Kalau bukan kau, its okay.Aku kata kalau memang betul.Tolong Fatin, I beg you,”Balas Aleeya petah, membuatkan Fatin terdiam kembali.Agak lama, barulah Fatin kembali bersuara dengan sekali nafas.
“Tengoklah dulu.”