Tuesday 1 December 2009

unknown story 4 (a)

“Along, Leeya pergi dulu tau.”Tegur Aleeya kepada Syakir yang sedang menghadap laptop di meja makan.Syakir memandang wajah adiknya, berselang dengan perempuan di belakang adiknya itu.
“Pergi mana?”Soal Syakir, agak serius.Fatin mulai seram.Bukan tidak biasa dengan abang-abang ALeeya, tetapi kejadian tadi agak ‘membimbangkan’ hatinya sedikit sebanyak.
“Pergi kenduri kahwin.Hehe.Abang Wan mana?”Soal Aleeya sambil matanya melilau mencari abangnya yang seorang itu.
“Dia tidur rumah Nazir.Ada projek katanya.Hem, jaga diri okey.Fatin, kalau adik abang ni nakal, belasah saja.”Balas Syakir.Ada tawa di hujung katanya.Aleeya terdiam.Terbayang wajah Nazir, kawan baik abangnya yang juga popular di sekolah.Wajahnya tampan dan sentiasa tenang.Tergugat juga keimanan Aleeya apabila memandang mata Nazir yang banyak kali berkunjung ke rumahnya itu.Hehe.
“Don’t worry.I will,”Balas Fatin, sekadar tersenyum, mula memberanikan diri.
.ALeeya ketawa kecil.
“Owh, komplot ye!Report kat Kak Tirah,”nakal Aleeya menjawab.Pecah ketawa mereka.
“Okeylah abang, pergi dulu.Kirimkan salam Leeya kat umi ngan ayah.”DIa mengenyit mata.Syakir tersengih.Mengangguk penuh erti.
Dua perempuan itu melangkah keluar.Mereka memakai kasut.Sudah selesai, Aleeya melangkah kea rah abangnya.Fatin menelan liur.
’Alamak, mamat ni ada dekat sini la pulak,’desis hati kecil Fatin. Kelihatan Syaiful yang sedang berdiri menghadap kolam ikan buatan manusia di halaman rumahnya.
“Abang, Leeya keluar ya.”Ujar Aleeya.Syaiful segera berkalih.Fatin tergamam seketika.Dia kelihatan sangat segak dengan jeans dan t-shirt hitam yang tertulis ‘I LOVE LONDON.’
“Pergi mana?”Soal Syaiful, tidak tahu.Dia mengerling Fatin yang berada di belakang Aleeya.Terpesona dengan kecantikan Fatin.Selama ini dia tahu adiknya mempunyai kawan baik bernama Fatin.Namun mereka tidak pernah bersua muka.Apatah lagi dia memang tidak berminat dengan budak sekolah seperti adiknya.Tetapi apabila terpandang muka Fatin, hatinya terasa lain.Fatin seperti mempunyai sesuatu yang membuatkan dirinya tertarik.Erk, melampau sangatkah ayat aku ni?
Syaiful tersenyum sendiri.
“Nak pergi majlis perkahwinan.Ni, Fatin nak nikah.Miang sangat,”selamba Aleeya menjawab.Fatin ternganga, tidak percaya dengan kata-kata Aleeya yang melampaui batas itu.Pantas dicubit lengan Aleeya.Entah berapa kali dah kena cubit.Fatin buat bodoh.Biarlah, siapa suruh mulut laser sangat!
“Kau gila?Nak suruh aku kahwin ngan sape?Hantu?”Balasnya pantas.Aleeya ketawa besar.Langsung tidak terasa sakit dengan cubitan sahabatnya itu.
“Sapa suruh kau kahwin ngan hantu?Abang aku ni kan ada?Buat susah-susah je,”galak Aleeya membalas. Muka Fatin yang sudah sedia merah, bertambah merah.Mengalahkan merah saga!Haha.. Fatin amat malu dengan apa yang dikatakan Aleeya.Kalau cakap belakang-belakang takpe jugak.Ini depan Syaiful!Tak ke malu + segan..apatah lagi dengan mata Syaiful yang asyik memerhatikan dia dari tadi.’Ya Allah, tahu la aku cantik pun.Tak payah la tengok sampai macam tu sekali,’ gumam hati kecil Fatin, sempat lagi membangga diri.
Syaiful yang sekadar memerhati sudah tersenyum lebar.Suka dia melihat wajah malu + segan Fatin itu. Nampak sangat ayu.
“Dah lah tu Aleeya.Cukuplah tu usik Fatin tu.Kesian kat dia, muka merah sangat tu.”Celah Syaiful.Pandangan Fatin tertancap pada lelaki itu seketika, namun dia segera menunduk.
“Tau pun kesian,”ujar Fatin perlahan, namun tetap jelas di pendengaran Syaiful.Syaiful Cuma tersenyum di dalam hati.
“Siapa tak kesian tengok muka awak macam tu?Saya pun tak larat nak tengok muka awak macam tu.Anyway, merah-merah pun, sweet gak.”Sakat Syaiful.Fatin terdiam.Ait, dia dengar ke?Kali ini dia tidak membalas.Sekadar mendiamkan diri.Kalau dia bersuara, takut lain pula jadinya.Ya Allah, bantuilah hambaMu yang lemah ini..
“Dah lah tu.Leeya pun kesian gak tengok muka Fatin.Chow dulu, abang!”Aleeya melangkah ke gate disusuli Fatin.
“Jaga diri,jaga Fatin.Take care Fatin,jangan nakal-nakal!”usik Syaiful.Aleeya ketawa berpanjangan.Fatin masih menunduk, lidahnya sudah kelu walaupun untuk menuturkan satu perkataan.Syaiful benar-benar mengusik hati remajanya..

FATIN membuang pandangan ke luar kereta.Perbualan ibu bapanya sikit pun tidak mencuri perhatiannya.Dia lebih selesa memerhati alam sekitar yang masih indah walaupun bangunan-bangunan pesat dibangunkan.Sedikit sebanyak dia tercuit dengan apa yang Syaiful cakapkan tadi.

“Jaga diri,jaga Fatin.Take care Fatin,jangan nakal-nakal!”

‘Argh!!Gila apa aku ni.Syaiful tu dah 20 tahun.Aku masih budak sekolah menengah yang berusia 16 tahun.Jauh beza tu.Aku memang tak kisah, tapi dia mungkin kisah.Jangan berangan Fatin,jangan mengharap sesuatu yang tak pasti.Kalau kau tak dapat, just menaruh harapan, kau juga yang frust menonggeng.Siapa yang susah, kau jugak…’Fatin cuba memujuk hatinya yang kian gelisah.Dia mengerling Aleeya di sebelah.Dia tahu, Aleeya pasti sedang melayan lagu-lagu dari MP3 yang dibawanya. Memang itulah Aleeya, dari dulu memang pencinta lagu.Teringat sewaktu perkhemahan dulu, semua terkejut melihat Aleeya tidur dengan radio yang terpasang di telinganya.
‘Minah ni pun satu.Usik-usik aku dengan abang dia.Memang nak kena belasah,’gerutu hati kecil Fatin lagi.Geram dia dibuatnya.Fatin pantas menyiku lengan Aleeya.Aleeya sekadar memandang Fatin. Pelik disiku begitu.DI telinganya masih berkumandang lagu Perfect nyanyian Simple Plan.
“Kau tak baik buat aku macam tu,”ujar Fatin, slow.Tidak mahu didengari oleh kedua orang tuanya. Fatin menanggalkan earphone di sebalik selendang.
“Apa dia?”Soalnya, sengaja berpura-pura tidak tahu.Sebenarnya dia dengar, Cuma sengaja dia suruh Fatin mengulang kembali.Sedikit sebanyak, dia boleh mengetahui isi hati sahabatnya yang agak susah untuk mengaku bahawa dia menyukai seseorang.Hehe.
“Kau tak patut usik aku ngan abang kau tu.Nanti abang kau cakap aku menggatal pulak.”Ujar Fatin sedikit keras.Aleeya Cuma mampu tersenyum di dalam hati.Dapat mengesan sesuatu.
“Yang kau ambil hati sangat ni kenapa?My brother didn’t say anything.Dia pun suka kan kena usik ngan kau?Siap cakap ‘take care Fatin, jangan nakal-nakal’ lagi.Relax lah.Kau bukannya suka kat abang aku kan?”Balas Aleeya.Fatin terdiam, namun cepat-cepat membalas kata-kata sahabatnya.
“Dia lelaki, takpelah.Aku ni perempuan.Lelaki ni tak terasa sangat.Aku yang malu.Ish, macam mana nak explain kat kau nirh?”
Aleeya tersenyum.Mula menangkap sesuatu di sebalik kata-kata Fatin yang sudah dikenali sekian lama.Dia memegang bahu sahabatnya.
“Look Fatin.Kalau kau memang terpikat dengan abang aku tadi, just tell the truth.Aku tak marah.Suka lagi adalah.Kau tahu kan, aku pernah cakap dekat kau yang abang aku yang sorang tu jenis yang tak pandang perempuan.Bukan maksud aku dia tu gay, tapi dia tu memang payah nak jatuh cinta and payah puji perempuan.Aku pun, kadang-kadang je dia puji, tapi bukannya ikhlas pun.tapi tadi aku dapat rasa keikhlasan abang aku puji kau and aku dapat rasa ‘something’ dengan cara dia pandang kau,” terang Aleeya panjang lebar.Fatin terkesima, menundukkan wajahnya.
“Kau jangan fikir bukan-bukan, Aleeya.Abang kau takkan suka kat aku.Kau gila ke?Aku baru 16 tahun.DIa 20 tahun kan?4 tahun beza.”Balas Fatin pula.Cuba mencari alasan.Aleeya tersenyum sinis.
“APa kisah pasal umur?Beza 4 tahun je pun.Bukannya beza 10 tahun.Hei makcik, sekarang ni mana ada orang kisah pasal beza umur?Nabi Muhammad pun kahwin dengan Saidatina Khadijah time umur dia 25 tahun, isteri dia umur 45 tahun.Takde maknanya!Soal umur konon..tolonglah Fatin, alasan kau tu, tak boleh diterima langsung!”Perli Aleeya.
“Fatin, listen okey.AKu bukan nak marah kalau kau memang suka dekat abang aku.Malah aku turut berbesar hati kalau memang betul.Aku mintak satu jer, kalau memang betul abang aku suka kat kau, please, jangan hampakan dia.I know him well.Abang Syaiful susah untuk fall in love, tapi bila sekali dia jatuh cinta, dan dia dikecewakan kembali, hati dia akan tertutup dan payah untuk terima cinta kembali dalam hidup dia.Kau percaya cakap aku.Tolong aku,” ujar Aleeya sayu tapi penuh mengharap.Fatin memandang tepat anak mata Aleeya.Mencari kebenaran dalam kata-kata sahabatnya.
“Kau mengarut Leeya, kau mengarut! Benda ni takkan berlakU!”Nafi Fatin keras.
“Janji pada aku!AKu Cuma nak kau janji.Kalau bukan kau, its okay.Aku kata kalau memang betul.Tolong Fatin, I beg you,”Balas Aleeya petah, membuatkan Fatin terdiam kembali.Agak lama, barulah Fatin kembali bersuara dengan sekali nafas.
“Tengoklah dulu.”

No comments:

Post a Comment