Monday 30 November 2009

unknown story 3

HAZNIQ membuka kasut tali hitam miliknya lalu diletakkan di atas rak.Dia bergegas masuk ke biliknya yang berada di tingkat dua.Blazer yang membaluti tubuhnya dari pagi tadi dibuka dan disangkut di hanger.Belum sempat dia menerkam katilnya yang empuk, ada sehelai kertas yang menyibuk di atas katilnya.Kertas kajang itu dicapai.

~Aleeya Sofia binti Syukri
~25 Disember
~Ipoh, Perak
~Masakan umi,char kuewtiau
~Neslo ais, soya
~White + blue + black
~nerdy_gurl25@yahoo.com
~happy go lucky girl, like to smile and make u smile, hard to fall in love. haha, is it true?
~moga pnjg umur..jgn nakal2!always remember me ok..

Pelik.Siapa Aleeya Sofia? Rasanya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Daun Pegaga tidak ada perempuan yang bernama Aleeya Sofia.Lagipun, dia mana layan perempuan-perempuan di sekolahnya!Alangkan penolong ketua pengawas yang bernama Zarina itupun cuma bercakap bila perlu, mana mungkin dia bercakap dengan perempuan lain.Apatah lagi ingin mengambil profile perempuan!
Hazniq mengambil kertas itu lalu disimpan di dalam laci studynya.Walaupun dia ingin tahu siapakah gerangan gadis itu, dia tetap ingin merehatkan badannya di atas katil bersaiz queen yang bercadar hijau itu.Penat menguasai diri. SPM pun bakal menjelma tak lama lagi, tapi dia masih aktif dalam syarahannya dan permainan bola sepak.Dua-dua itu tidak pernah berpisah dari dirinya sejak darjah satu.
“Niq, Niq nampak tak kertas kajang atas katil tadi?Akak letak dekat situ tadi,”suara Syahida yang muncul membuatkan dirinya bingkas bangun.Syahida sedang bersandar di pintu toilet.Sememangnya mereka berdua berkongsi satu toilet.Cuma Kak Syahida masih belajar di Universiti Utara Malaysia.Jadi selalunya Hazniq akan menggunanya seorang.
“Ada dalam laci tu.Kenapa boleh ada dekat atas katil Niq?Nak suruh ngorat ek?Another one, kenapa tak masuk toilet ikut bilik akak je?Menyibuk betul masuk bilik orang.Dah la private,”ujar Hazniq.Daripada ingin menjawab soalan kakaknya, boleh mengarut benda lain pulak.Kak Syahida saja buat muka tak tahu malu.
“Tolong sikit okey.Takde masa akak nak masuk bilik kamu yang cantik lagi sarang tikus tu.Ni semua sila salahkan Raihana, your beloved sister yang sesuka hati mengunci pintu sebelah, buat bilik tu macam hak milik dia persendirian berhad.Ketuk macam nak roboh dah tadi.Tapi telinga dia tu pekak agaknya.Nak kata kecik, telinga semut pun peka lagi,”balas Syahida, panjang.Dia membuka laci meja milik Hazniq, mengambil kertas itu.
“Orang tanya, siapa Aleeya Sofia tu?Lajak pulak akak ni,”Hazniq mengulang pertanyaan.
Kak Syahida mengambil tempat duduk di atas kerusi.
“Dulu ada program Bina Jati Diri Insan dekat MRSM.Akak jadi fasilitator group Aleeya ni.Agak rapat lah dengan dia sebab sama-sama orang Ipoh dan dia ni agak peramah.Macam-macam akak suka tentang dia.Nak kata cun sangat tu, tak lah.Tapi sedap mata memandang.Nak ngorat?Boleh je,”ujarnya. Memandang seraut wajah adiknya yang tampan itu.Mereka mempunyai darah susur galur darah cina sedikit.Muka Hazniq yang tampak banyak ‘kecinaan’nya.Sekali pandang, wajah Hazniq seperti penyanyi, Vince yang sedang menempah nama di dunia glamour.Sangat kacak!
“Haha, takpelah akak.Not interestinglah,”jawapan Hazniq membuatkan Syahida mencebik.
“Yelah tu!Niq tak kenal lagi Aleeya tu macam mana lagi.Kalau Niq kenal dia, jatuh hati..hah, time tu jangan salahkan akak, tau!”Balasnya.Hazniq Cuma tersenyum.
“Dah lah akak.Orang penat la baru balik sekolah ni.Apa kata tolong buatkan Niq semug milo ais?Boleh practice bancuh air untuk suami.”Gurau Hazniq.Kelihatan lesung pipit di pipi kirinya.
“Hem, yelah.Pergi mandi cepat.Lepas ni kena tolong clear rumah.Lagipun kejap lagi ada orang datang nak pasang pelamin,”pesan Syahida sebelum keluar dari bilik.Hazniq mengangguk.Kakak keduanya, Nisa akan melangsungkan hari perkahwinan hujung minggu ini dengan bakal abang iparnya, Khushairy yang bekerja sebagai seorang pilot di KLIA.Khushairy tua 3 tahun dari kakaknya.Pada awalnya terkejut juga Hazniq, bagaimana kakaknya yang Cuma bertugas sebagai nurse di HKL boleh ‘menangkap’ ikan besar seperti Khushairy.Rupanya mereka berjumpa sewaktu Khushairy kemalangan di KL.Kakaknya lah yang menolong Khushairy sebelum dibawa ke hospital.Kerana pertemuan itulah Khushairy boleh terpikat dengan nurse biasa seperti kakaknya, Nisa.Mereka bercinta selama 3 tahun, dan akhirnya untuk mendirikan rumah tangga pada akhir bulan Syawal ini.
“Aleeya Sofea.Sedap nama awak.Mungkin satu hari nanti kita boleh kenal.Saya nak tahu apa specialnya awak ni,”tiba-tiba terpacul kata-kata itu dari mulut Hazniq.Hazniq tersenyum.Mencapai tuala dan langsung berlalu ke bilik air.
Syahida tersenyum penuh rahsia.Dia berdiri di tepi pintu bilik adiknya dari tadi dan dapat mendengar setiap bait kata adiknya.Entah mengapa dia menjadi senang.

FATIN sudah bersiap.Baju kurung biru berpotongan moden sudah cantik terlekap di tubuhnya.Jam baru menunjukkan pukul7.30 pagi, namun dia terlebih bersemangat.Selepas memakan dua biji karipap dan milo panas, dia sudah menapak di hadapan rumah Aleeya.Loceng ditekan.phonecase di tangannya dibuka, lalu menelefon Aleeya.
“Hello,”suara Aleeya kedengaran serak.
“Assalamualaikum sayang,bukak pintu ni.Aku kat depan rumah kau,”usik Fatin.Terus dimatikan talian. Tidak lama menunggu, pintu sudah terbuka.Aleeya muncul di hadapan pintu, membuka kunci gate. DIa masih lagi dengan pijama tidurnya dan rambut yang agak kusut.Nampak sangat baru bangun + tak mandi lagi!
“Awal kau datang,”tegur Aleeya.Suaranya masih serak basah.Fatin masuk ke dalam perkarangan rumah.
“Hurm, lets look.Sekarang dah pukul 7.37 pagi.Ada lebih kurang 58 minit untuk kau siap.Kau mandi dah 15 minit, pilih baju 15 minit, make-up 15 minit, selebihnya ialah masa untuk kau explain kat abang kau yang kau nak keluar.So, cukup-cukup je.”terang Fatin dalam nada berseloroh.Aleeya ketawa kecil. Mengantuknya sudah hilang.Sedikit sebanyak, kata-kata Fatin itu ada benarnya.
“Hah, kau tercegat lagi.Jomlah!”Ujar Fatin.Dia menarik tangan ALeeya masuk ke dalam rumah.Chewah, mengalahkan tuan rumah betul!Tidak sempat Aleeya mengelak.
Tiba-tiba, kerana kekalutan, Fatin terlanggar sesusuk tubuh di tangga.Mujur tidak terjatuh.Fatin segera berpusing.Mukanya terasa panas.
“Abang Syaiful?Tahu lah dalam rumah ni ada dua je perempuan.Hormat lah sikit.Kan Aleeya dah cakap yang kawan Aleeya nak datang pagi ni,”tegur Aleeya kepada abangnya.Syaiful sekadar tersengih. Aleeya memandang abangnya yang berseluar pendek paras lutut.Di bahunya tersangkut tuala.Rambutnya pun masih basah menandakan baru lepas mandi.
“Sorry, tak sangka kawan Leeya datang pagi macam ni.By the way, ni ke Fatin?Cun jugak.”Puji Syaiful.Lagi bertambah malu Fatin.Aleeya ketawa.
“Memanglah cun!Tengok lah kawan sape.Ni puji-puji ni, suka ke?Nak ngorat?Boleh saja.Fatin ni pun masih single mingle lagi.Tapi bukan sekarang tau abang.Nanti.Now kami ada projek,”balas Aleeya,galak ketawa.Fatin mengecilkan mata.Mencubit peha Aleeya.Aleeya mengaduh kecil.
“Ops.Terlebih sudah.Hehe,okeylah.Chow!”Giliran Aleeya pula menarik tangan Fatin ke biliknya.Fatin Cuma menurut.Seram melihat renungan mata tajam Syaiful!

“KAU gila ke Tin?Tak nak aku!”Suara ALeeya hampir terjerit.Matanya membulat memandang Fatin berselang seli degan baju kurung turquoise di atas katil.
“Pakai jelah.Sweet apa.”Balas Fatin, memaksa.
“Taknak aku pakai baju ni.Gila mencapub!Baju tu cun gila,”keras Aleeya menolak.Masakan mahu memakai baju kurung turquoise yang berkilat serta mempunyai labuci yang sarat di tangan dan bahagian hadapan.Baju itu pernah disarung sekali sahaja semasa majlis pertunangan Syakir, abang sulungnya 2 tahun lepas.Selepas itu baju itu hanya tersimpan di dalam almari, tak pernah diusik.
“Nanti orang ingat aku yang nak kahwin.Baju mengalahkan pengantin!”Sambung ALeeya lagi.
“Apa salahnya.Free-free dapat kahwin,”usikan Fatin disambut dengan jelingan Aleeya.
“Pakai jelah Leeya.Dengan selendang putih ni.”Paksa Fatin lagi.Aleeya mencebik.
“Pakai!”
“Tak nak!”
“Pakai!”
“Taknak!”
“Pakai!”
“Taknak,tak mau!”
“Tak payah pakai!”
“Taknak..eh eh, nak,nak!”
Tersasul pula jadinya.Aleeya menggigit bibir.Fatin ketawa kecil.
“Pakailah Leeya.Aku yakin, kalau kau pakai baju ni, sure kau jumpa putera kau!”Pujuk Fatin, masih dalam nada memaksa.
“Kalau tak?”
“Aku belanja kau makan selama satu minggu.Amacam?”Ujar Fatin.Aleeya terdiam sebentar.Memikirkan tawaran Fatin yang agak ‘lumayan’.Bukan senang nak dengar Fatin belanja!
“Okey, fine!Aku pakai.Kumpul duit banyak-banyak.Aku ni kuat makan!”Putus Aleeya.Fatin ketawa.
“Okey,dah la.Pergi tukar baju.Dah 25 minit dah ni.”Ujar Fatin, melihat jam.Aleeya masuk ke bilik pakaian.Menukar baju.Dia keluar kembali lalu mengambil selendang putih di atas katil, melilitkan selendang putih itu di kepalanya dan bermekap ala kadar. Sentuhan terakhir, dia menyematkan brooch love di bahu kiri.
“Cun pun,”puji Fatin.Aleeya memang pandai bergaya.Walaupun tak cantik mana, namun mukanya amat manis dan ayu.Pandai Puan Aishah mendidik anaknya menjadi lemah lembut walaupun duduk bersama 5 lelaki yang buas!
“Jomlah.10 minutes left,”ajak Aleeya.Dia menutup pintu biliknya.Fatin sekadar mengikut dari belakang. Tidak berani lagi buat macam rumah sendiri.Sebolehnya, dia tak mahu kejadian yang sama berulang!
Taubat dah..tak nak buat lagi..hehe

No comments:

Post a Comment