Sunday 29 November 2009

unknown story 1

“YA ALLAH, ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa guru-guruku dan sahabatku.Berikanlah kesejahteraan kepada kami di dunia dan di akhirat.Redhailah kami, rahmatilah kami, berkatilah kami.Ya ALLAH, semoga Aidilfitri kali ini lebih bermakna dari sebelumnya,”Doa Aleeya selepas menunaikan solat subuhnya.Dia melipat telekung lalu menyangkutnya di hanger.Aleeya masih memakai tracksuit dan t-shirt lengan panjang.Pagi masih awal, baru menunjukkan 6 pagi.Jadi, dia tak teragak-agak untuk memakai baju itu sementara menunggu makan bersama keluarga.
Dia keluar dari bilik dan menuju ke dapur.Puan Aishah sedang leka mengacau kuah kacang.Aleeya baru sahaja hendak melabuhkan punggung di kerusi makan.
“Leeya, tolong umi ambilkan rendang ayam dalam peti ais,”arah Puan Aishah, dapat mengesan kehadiran anaknya dari ekor mata.Terdengar gelak halus Aleeya.
“Umi ni, terrornya.Leeya tak buat bunyi pun umi dah tau Leeya dah ada kat dapur.Tapi, datang dah terus kena buat kerja.”Ujar Aleeya.Walaupun merungut namun tangannya pantas membuka peti ais dan mengeluarkan rendang ayam.Tanpa disuruh,dia menukarkan bekas rendang ayam itu ke dalam kuali lalu memanaskannya di atas dapur gas. Puan Aishah tersenyum sahaja.
“Memanglah.Awak tu kena sedar yang awak tu satu-satunya anak perempuan dam keturunan umi dengan Encik Syukri atau kenali sebagai ayah kamu tu.Nak harapkan abang-abang kamu tu?Alamatnya ayam berkokok esok gamaknya baru nak bangun,”ngomelan Puan Aishah membuatkan Aleeya ketawa besar.
Ya, dia satu-satunya anak perempuan dalam keluarga.Dia anak bongsu dari enam beradik.Abang pertamanya, Ahmad Syakir sudah berumur 26 tahun.Hujung tahun ini akan melangsungkan perkahwinan dengan Kak Athirah berkelahiran Negeri Sembilan.Syakir bekerja sebagai engineer di sebuah kilang di Negeri Sembilan.Selepas Syakir ialah pasangan kembar Ahmad Syafiq dan Ahmad Syamim.Kedua-duanya berumur 24 tahun.Syafiq berada di United Kingdom, menyambung pelajarannya sebelum mengajar Bahasa Inggeris di Malaysia.Syamim pula lebih meminati bidang undang-undang,menyambung pelajaran di University of Oxford yang juga di United Kingdom.Abangnya yang keempat ialah Ahmad Syaiful.Dia berumur 20 tahun dan hanya menyambung pelajaran di UiTM Perlis dalam bidang Bussiness Management.Kemudian ialah Ahmad Syazwan, muda 3 tahun dari Syaiful dan tua setahun dari Aleeya. Agak rapat dengan dirinya kerana mereka satu sekolah dan sering bersama.Terakhir ialah Aleeya Sofia sendiri yang baru mencecah 16 tahun.
“Fitrah lelaki, umi.”Tiba-tiba ada suara mencelah.Aleeya dan Puan Aishah sama-sama menoleh ke belakang.Syakir sekadar tersengih.Di tangannya ada berus gigi.Mesti hendak mandi.
“Ceh, fitrah lah sangat.Ayah ni lelaki jugak, tau!Boleh je bangun awal.”Muncul pula Encik Syukri yang segak berbaju Melayu berwarna putih.Tema keluarganya tahun ini memang putih.Sesuai dengan tema, putih-itu-suci-berseri.
“Alah, itu pun tak terbangun kalau Shah tak sapu air kat muka abang, tau!”Cebik Puan Aishah.Hah, sudah.Gaduh pulak pagi raya ni.
“Dah,dah!Ayah, tolong potong lemang tu.Along, mandi cepat.Umi, kuah kacang tu hangit nanti.Baik jaga elok-elok.Biar Leeya pergi kejut putera-putera kesayangan umi tu,” ujar Aleeya dalam nada mengarah lantas melarikan diri ke bilik anak teruna.
“Siapalah nak kahwin dengan abang aku nanti,”bisik hati kecilnya apabila melihat kesemua abangnya masih terbongkang tidur!Syaiful masih di atas katil, memluk bantal.Syazwan pula tidur di atas sofa.
Pasti mereka tidur lambat, berkongsi cerita bersama.Itu sebab bangun lambat!
Tiba-tiba muncul idea nakalnya.Aleeya membuka laci meja solek di dalam bilik abang-abangnya itu.
“Jumpa pun,”bisik hati kecilnya.Tangannya menggenggam sesuatu.Dia membawa benda itu ke bibir.
Pritt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Nyaring bunyi wisel yang Aleeya tiup.Jarak Cuma 7 cm dari telinga Syazwan.
“Ahh, gempa bumi!”Tiba-tiba Syazwan terjaga.Syaiful juga terbangun.Dia menggosok-gosok matanya.
“Hah?Gempa bumi?”Soalnya mamai.Aleeya sudah ketawa terbahak-bahak, bunyinya persis Maya Karin mengilai di dalam cerita Pontianak Harum Sundal Malam saja lagaknya!
“Abang-abang kesayanganku, bangunlah dari peraduanmu.Hari ni raya tau!”Aleeya menjerit kecil, menyambung tawa yang tersisa.
“Aleeya!”

SEPASANG baju kurung putih cantik terlekap di tubuh langsing milik Aleeya.Tudung putih bidang 55 inchi juga sudah siap dipakai.Jam sudah menunjukkan pukul 7.45 pagi.Tadi baru sahaja dia menyelesaikan urusan basuh pinggan selepas makan tadi.Solat sunat raya bermula lagi 45 minit di surau sebelah rumahnya.Tiba-tiba dia jadi buntu.Tak tahu nak membuat apa.Aleeya melangkah ke rak buku miliknya.Dicapai sebuah album.Album itu menyimpan gambarnya sewaktu di sekolah rendah dan sekolah menengah lamanya.
Dahulu dia bersekolah di MRSM Perlis.Tapi Cuma sempat hingga tingkatan dua.Tingkatan tiga dia berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tembok Putih.Alasannya mudah.
“Umi, Leeya taknak duduk asrama.Penat lah.Lagipun jadual padat sangat,”itulah aduannya kerana tidak mahu duduk di asrama walaupun tiap minggu dikunjungi Syaiful!
Aleeya tertarik dengan gambarnya dengan Fatin.Ada coretan kertas di situ.
~In the train..dicapture oleh Farouq..~
Aleeya terdiam sebentar.Mengerah ingatan.Who’s Farouq?Belakang gambar itu ada satu lagi gambar yang tersorok.Perlahan-lahan Aleeya membawa keluar gambar itu.Seorang lelaki yang berkulit cerah, tinggi sedang tersenyum.Latar belakang yang sama iaitu di dalam train.
Yes!
Lelaki itulah Farouq.Lelaki yang mengganggu dirinya dan Fatin sewaktu cuti ingin pulang ke Perak.Tidak silapnya, Fatin yang menangkap gambar Farouq kerana katanya Farouq ada iras-iras pakwe lamanya semasa di sekolah rendah dahulu or known as Captain Iqram!Aleeya melihat belakang gambar.Ada tulisan juga tercoret di situ.
~Muhammad Farouq Azali
~13 January
~K_eyl

Baru dia ingat.Farouq tua dua tahun darinya.Sewaktu tingkatan dua, Farouq tingkatan empat.Okey, perkenalan mereka tak sengaja sebenarnya.Waktu perjalanan pulang dari Perlis ke Ipoh, dia tidak sengaja terjatuh dekat Farouq.Mujur lah tak jatuh betul-betul.Nahas plus malu jadinya.So, lepas itulah Farouq mengganggu ketenteraman dirinya dan Fatin yang kebetulan hanya berdua ketika itu.Gambar itu boleh ada pun sebab Fatin mencuri tangkap gambar Farouq.Alasannya cuma satu.
“Handsomelah dia tu.Aku nak tangkaplah gambar dia, buat kenangan.”
Macam mana tau nama lelaki itu Farouq?Dia yang memperkenalkan diri tiba-tiba tanpa dijemput.
“Hye, nama saya Muhammad Farouq Azali, form 4, asal KL.”
Okey, mamat tu yang gatal memperkenalkan diri.Bukan salah dia.Gambar yang ditangkap Farouq itu pun dia sendiri tak sedar.Tengok-tengok lelaki itu yang serahkan sendiri.Tahu lah kamera canggih pun.Huhu.
Aleeya bukan mudah untuk suka kepada seseorang apatah lagi jatuh cinta.Sepanjang 16 tahun ini ada seorang sahaja yang berjaya mencuit hatinya.Zahid.Zahid ialah kawan sekolah rendah dirinya hingga sekolah menengah. Sewaktu Zahid dilantik menjadi ketua pengawas, dia pula dilantik sebagai penolong ketua pengawas.Agak handsome lah orangnya.Berkacamata,agak tinggi dan yang paling dia suka ialah Zahid sangat smart dan santai dalam penampilannya.Cuma sekarang Aleeya tidak memikirkan sangat kerana dia ingin focus kepada satu sahaja.
Study.
Belajar lagi penting.SPM akan dia hadapi tahun depan sama ada dia layak ke universiti atau tak.Kemudian barulah dia akan fikir pasal jodoh ni.
“Leeya, tolong abang jap.”Tegur satu suara.Aleeya memandang pintu.Syaiful berdiri tegak.Baju melayu Pahang terlekat segak di tubuhnya.
“Tolong apa?”Soal Aleeya selepas meletakkan album di tempat asal.Syaiful menunjukkan sampin di tangan.Aleeya ketawa kecil.Sah, mesti tak reti lagi nak pakai sampin!
“Abang ni dah berapa lama hidup?Sampin pun tak reti pakai lagi,”gerutu Aleeya.Syaiful hanya tersengih persis kerang busuk, tidak membalas.Aleeya pantas memakaikan sampin hitam benang emas di pinggang abangnya dengan teliti.
“Leeya, tolong along jugak!”
“Ohh..mana aci!Abang Wan la sekali..”
Sudah, muncul pula dua jejaka tampan di pintu.Aleeya mencebik.
“Ni dah masuk kes dera ni.Nama je lelaki, sampin pun tak reti pakai.”Kutuk Aleeya.Hai, mujur tak ada pasangan kembar abangnya, kalau tak masak jadinya!Tapi, perlakuan kebudak-budakan abang-abangnya lah yang menceriakan rumah teres dua tingkat milik Dr. Syukri ini.Tiba-tiba ada perasaan rindu yang menggamit di hati Aleeya terhadap pasangan abang kembarnya yang jauh di UK.
“Hah..siap!Hensem pun abang-abang kesayangan Leeya ni,”Aleeya menjerit kecil.Bangga juga dia mendapat abang-abang yang hensem.Teringat sewaktu sekolah rendah, banyak kakak-kakak sekolah menengah sama dengan abangnya baik dengannya.Sebab nak ngorat abang, ngorat adik dia dulu!Haha..apa punya taktik..tak berguna dah.. Syakir membetulkan rambutnya di hadapan cermin.Syaiful pula sudah mengambil tempat duduk di hujung katil Aleeya.
Mereka saling bertukar cerita sebelum pergi ke surau.
What a happy family!

No comments:

Post a Comment